ZURIAT KEBAHAGIAAN PERKAWINAN
ZURIAT KEBAHAGIAAN PERKAWINAN
Oleh
Ustadz
Kasrim,A.Md,SE,M.TrU,MM
”Bila seorang hamba
telah meninggal,segala amalnya terputus kecuali tiga perkara amal jariah,ilmu
yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakanya”
Doa
dan amalan untuk memperolehi zuriat
Melalui perkawinan, manusia akan dapat mengembangkan
keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan
sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan
perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi
agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh
zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang
lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga
tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang
berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan
ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka.
Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa
yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam
Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan
mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa
dengan membaca ayat 38, surah AliImran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan
bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa
ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang
amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam
ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan
ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau
biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua
sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria
a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca
doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain
itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami
isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan
qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting
semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan
samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat
amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak
melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati
kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat
atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis
atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14
dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan
dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh
Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi
dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang
mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih
lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya.
Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang
mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t.
mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas
sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca
al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah
yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan
daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak
yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan
cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik
akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat
berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh
dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk
membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk
melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk
memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh
zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan
tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda
dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh
menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa
untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan
pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup
doa. Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah
memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk
mendapatkan zuriat. Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca
Bismillah 1 kali
- Kemudian
selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah
itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam
sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya
Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau
berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian
tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari
atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab
Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha
Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya
Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah
membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam
air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam
setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah
SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Komentar
Posting Komentar